Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan

Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan
http://2.bp.blogspot.com/_ePEleKas6fU/SdLKWCaRVGI/AAAAAAAAAL0/3V9-m0IvCP4/s72-c/memoirjihadanakmelayu.jpg
Buku ini saya sudah habis membacanya. Buku yang sungguh membangkitkan roh semangat dalam membantu sesama Islam. al-Syahid sanggup menghabiskan sisa hidupnya dalam memperjuangkan Islam di bumi yang ditindas ketika itu. Bahkan ini sebahagian memoir yang tidak wajar dilupakan.

Walaupun beliau berasal dari keluarga yang sederhana, tetapi semangatnya itu tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Perjalanan sukar menuju Afghanistan dan beberapa bumi Islam yang lain patut ditulis dan dipaparkan kepada masyarakat Melayu kita hari ini. Bukan sekadar slogan kosong, 'Tidak Melayu Hilang Di Dunia'. Allahu Akbar!

Apa kata penulis sinopsis buku ini:

Asy-Syahid Fauzi Ismail merupakan anak muda Melayu yang telah menoreh sejarahnya yang tersendiri walaupun dilahirkan di negara yang sarat dengan pesta hiburan dan kebejatan akhlak anak-anak muda. Menelusuri kisah perjalanan beliau memburu keredhaan Allah dan kesyahidan menyebabkan palong hati kita bergetar kesyahduan seterusnya tanpa sedar mengundang titik jernih mengalir di kedua belahan mata kita.

Beliau mendapat didikan asas secara formal sehingga SPM dan menekuni fikrah perjuangan Islam daripada halaqah-halaqah ilmu secara tidak formal sehingga beliau merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mewakafkan diri beliau dalam perjuangan Islam sehingga syahid.
Fauzi merasa ditusuk sembilu tajam apabila membaca berita-berita daripada kolum akhbar tentang pemmbantaian dan pembunuhan umat Islam Afghanistan, semangat beliau juga bergelora dilambung dengan huraian tentang kelebihan jihad oleh para asatizah di jalan dakwah yang beliau sertai di tanah air. - Penulis

KANDUNGAN

- Latar Belakang Asy-Syahid Fauzi
- Menuju Ke Medan Jihad
- Berita Dari Medan Jihad
- Dagangannya Dibeli Allah
- Perkhabaran Dari Allah
- Roh Yang Hidup
- Galeri

Harga = RM8.00
Mukasurat = 50
Penulis = Zainon Ismail
Penerbit = Jundi Resources

Related product you might see:

Share this product :
1 Comments
Comments

+ komen + 1 komen

9 Jun 2015 9:39 PTG

Maaf ya Buku itu ada stocks lagi di Kedai buku di cawangan Temerloh atau Puncak alam.

Catat Ulasan

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger