Falsafah Hidup

Falsafah Hidup
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA9lr6ZwFEIJsMK37cbLOy31FwfEd-OzCFlhkl0J-hIWGJJOxdzg6wS43ZEcXCr0U9hfK9Q1vIV9TDlFdKMVpU2sqOI3F2Ek_U5Ek7w2e31Zmqh1_Vk_WJBYKxTLBqttGw0HBEBdOaEh8U/s72-c/Hamka_-_Falsafah_Ketuhanan1.jpg
Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi.

Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan.

Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat.

Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.

Kandungan:

Pengantar penerbit
Pengantar penerbit PT Pustaka Panjimas
Persembahan kepada Tuan Guru A.R. Sutan Mansur
Guruku A.R. Sutan Mansur
Pengantar Falsafah Hidup
BAB - 1
Hidup
Akal untuk manusia
Mengatur kerja
Akal
Alamat
Timbangan orang berala
Memperhalusi akal
Tanda orang berakal
Guna akal

BAB - 2
Ilmu dan akal
Tujuan akal
Akal dan hawa
Perjuangan akal dan hawa nafsu
Jahil
Keutamaan Ilmu

BAB - 3
Undang-undang Islam
Keutamaan
Cinta
Buah keutamaan budi
Didikan keutamaan
Keutamaan dan kewajipan
Perangai utama menurut anjuran Islam

BAB - 4
Adab Kesopanan
Adab diri terhadap makhluk
Beberapa contoh kesopanan dalam Islam
Kesopanan terhadap Rasulullah (s.a.w.)
Kesopanan terhadap Tuhan
Kemenangan

BAB - 5
Sederhana
Sederhana niat dan tujuan
Sederhana berfikir
Sederhana mengeluarkan perasaan
Sederhana keperluan hidup
Sederhana dalam sukacita
Sederhana pada harta benda
Sederhana mencari nama
Sederhana mencari pangkat
Didikan kesederhanaan

BAB - 6
Berani
Keberanian budi
Buah keberanian
Dengan keberanian mencapai kemerdekaan
Kemuliaan
Muru’ah
Cita-cita
Percaya kepada diri sendiri

BAB - 7
Keadilan
Kemerdekaan menyatakan fikiran
kemerdekaan beragama
Apa sebab pemisahan gereja dengan negara?
Di manakah pemisahan agama dengan negara ?
Negara-negara moden yang berdiri kerana agama
Lahirnya Pancasila di Indonesia
Islam dan negara
Kemerdekaan hak milik
Agama dan kesaktian
Hikmat dan keadilan
Keadilan dan pemegang pemerintahan
Bagaimana supaya kita merdeka ?

BAB - 8
Persahabatan
Mencari Sahabat
Persahabatan dan perempuan

BAB - 9
Islam Membentuk Pandangan Hidup
Kesimpulan

Judul : Falsafah Hidup
Harga : RM29.00
Nombor siri : 4355114
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :489 halaman
Cetakan Kedua : 2006
ISBN : 9839422480

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger