Ilmu al-Jarh wa Ta'dil

Ilmu al-Jarh wa Ta'dil
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdoPBndrKHhyaH26QyZCZ8T4cDXo5q3NYKbIJgHpT3Ytpjd9ItRG1M31nrCx76p3KM8ODFGTfT0VlcwuW3WH_MXB2cRlEO_wU0H6O7a7wvqKOj53VXSTexKwh1itwZZ0bg5eInIFf1cc8M/s72-c/buku+10.jpg
Ilmu al-Jarh wa Ta'dil ini merupakan satu ilmu yang begitu unik dan tersendiri. Metod ini merupakan salah satu mutu ketinggian daripada beberapa kaedah yang dihasilkan di persada keilmuan Islam. Metod Islam dalam menentukan setiap laporan atau berita sama ada benar atau sebaliknya amat bergantung kepada kaedah ilmu ini.

Pada hakikatnya, ilmu ini merupakan satu bahagaian dari ilmu Rijal al-Hadis. Namun, kepentingan ilmu ini yang dilihat sebagai satu kaedah terpenting dalam mengesan setiap kebenaran periwayatan bagi sesebuah hadis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, maka ilmu ini dijadikan sebagai sebuah ilmu yang terdiri dengan sendirinya.

Ilmu Jarh wa Ta'dil ini merupakan satu ilmu yang menerangkan tentang catatan biodata para periwayat hadis, pujian (Ta'dil) kepadanya dan mencatatkan periwayatannya (Tajrih) dengan menggunakan lafaz khusus yang mempunyai martabat bagi setiap lafaz tersebut. Ilmu Jarh wa Ta'dil sangat berguna untuk menentukan kualiti periwayat dan nilai hadis yang diriwayatkannya.

Oleh itu, buku ini amat sesuai dibaca oleh mereka yang ingin mencari panduan asas dalam usaha menilai kesahihan dan kepalsuan sesebuah hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. Insya Allah!

Kandungan

Mukadimah
Pengenalan
Kepentingan Sanad dan Matan
Kategori Sunnah yang Sampai Kepada Kita
Kepentingan Menguasai Kajian Sanad Hadis

Definisi Dan Konsep Jarh Wa Ta’dil
Definisi Jarh
Definisi Ta’dil
Sejarah Jarh Wa Ta’dil

Pensyariatan Ilmu Ini
Dalil al-Quran al-Karim
Dalil al-Sunnah al-Musyarrafah
Amalan Ulama Salaf

Keperluan Kepada Ilmu Jarh wa Ta’dil
Bidang Keilmuan Berasaskan Ilmu Jarh Wa Ta’dil
Ilmu Qiraat
Ilmu Hadis
Ilmu Sejarah
Ilmu Bahasa dan Sastera
Perundangan dan Kehakiman

Syarat-Syarat Jarh Wa Ta’dil
Huraian Syarat-Syarat Yang Menjadi Perselisihan Ulama
Syarat-Syarat Penerimaan Riwayat

‘Adalah
Makna Keadilan (‘Adalah)
Syarat ‘Adalah atau Keadilan Periwayat
Apakah ‘Adalah Bermaksud Meninggalkan Keseluruhan Dosa?
Kefasikan Yang Menghilangkan Sifat Adil
Mengenali Dosa-Dosa Besar
Bagaimana Pula Dengan Orang Yang Berterusan Melakukan Dosa Kecil?
Bagaimana Menghapuskan Dosa Kecil?
Cara Mengetahui Sikap Adil (‘Adalah)
Mengiktiraf Para Periwayat Hadis
Bagaimana Ditetapkan ‘Adalah Periwayat Hadis?
Menerangkan Sebab ‘Adalah
Perbuatan Periwayat Bercanggah Dengan Apa Yang Diriwayatkan
Perbezaan Tahap ‘Adalah
Keadilan Para Sahabat
Cara Mengenali Sahabat
Mempertikaikan ‘Adalah Seorang Periwayat Hadis

al-Dhabth
Makna Kekuatan Ingatan (al-Dhabth)
Bagaimana Mengetahui Kekuatan Daya Ingatan Seorang Periwayat Hadis?
-Menguji Kekuatan Daya Ingatan (Dhabth) Di Kalangan Para Sahabat
-Menguji Kekuatan Daya Ingatan (Dhabth) Di Kalangan Para Tabiin
Mempertikaikan Dhabth Seorang Periwayat Hadis
Bagaimana Ulama Menerima Sesebuah Hadis?

Teknik Penyampaian Hadis dan Meriwayatkannya
al-Sama’ (Mendengar)
al-’Ardh atau al-Qira`ah (Bacaan murid kepada guru)
al-Ijazah (Anugerah)
al-Munawalah (Menyerahkan)
al-Kitabah (Penulisan)
I’lam al-Syeikh (Pemberitahuan guru)
al-Wasiyyah (Wasiat)
al-Wijadah (Penukilan)

Tingkatan Jarh Wa Ta’dil
Tingkatan Ta’dil
Tingkatan Tajrih

Bagaimana Tajrih Dikenakan Kepada Periwayat?

Kitab-Kitab Tentang Jarh Wa Ta’dil
Penutup
Cadangan
Glosari
Biodata Penulis

Harga: RM15.00
Penulis: Mohd Fikri Che Hussain (tuan kedai)
Muka surat: 181
Penerbit: Jahabersa

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger