Peperangan Rasulullah S.A.W.

Peperangan Rasulullah S.A.W.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDU-ixS2Chd_cy7S9CB0v5I1U8xru-tgPnz0kHQAKYnJVwxELwCWnM00snESbtCu_d8I0hYuSEZlfBPa10pJ4N3xTjH9CIojXoUkjT8OuR-_73nQBB_1xdCImjXWlxPzX-SSy6L-7kDoC_/s72-c/peperanganrasulullah.jpg

Jihad Qital atau jihad melalui peperangan adalah suatu yang tidak asing lagi dari lembaran sirah perjuangan Rasulullah S.A.W. Sepuluh tahun permukiman Baginda di Madinah selepas peristiwa Hijrah merupakan tahun-tahun yang penuh dengan agenda Jihad Qital.

Menurut bancian ahli sejarah, sepanjang Rasulullah S.A.W. di Madinah, tidak kurang dari 70 angkatan perang telah diutuskan oleh Baginda untuk menghadapi peperangan dengan musuh-musuh Islam dan dari jumlah itu, 28 angkatan adalah dipimpin oleh Baginda sendiri.

Ini bermakna, secara purata pada setiap tahun (dalam jangka-masa sepuluh tahun), tidak kurang tujuh kali Rasulullah S.A.W. dan para sahabat terlibat dengan peperangan dalam usaha mereka meninggikan Islam dan mempertahankan kedaulatannya. - Penulis

KANDUNGAN

- Sekitar Persoalan Jihad Dan Peperangan Di Dalam Islam
- Sinopsis Sirah Jihad Nabi Muhammad S.A.W.
- Penghijrahan Ke Pengkalan Baru
- Kategori Peperangan Yang Dilancarkan Oleh Rasulullah S.A.W.
- Urutan Peperangan Rasulullah S.A.W.
- Gaji Tentera
- Alat Persenjataan

Ulas Fikri:
Buku ini amat baik dibaca untuk mengetahui sejarah peperangan Rasulullah SAW dan perancangan Baginda dalam menggerakkan kekuatan umat Islam ketika itu. Namun beberapa istilah yang digunakan seperti Ghazwah (perang atau pertempuran), Sariyah (ekspedisi perang dalam kelompok yang kecil) dan juga Bi'tsah (delegasi diplomatik) diterangkan dengan ringkas.

Topik penghijrahan ke pengkalan baru pula menceritakan secara ringkas peperangan dan ekspedisi perang yang dilaksanakan oleh Rasulullah menurut urutan tahun hijrah. Hampir setiap tahun Baginda menyertai ekspedisi ini. Bagaimana kita? Allahu Akbar!

Harga = RM15.00
Mukasurat = 142
Penulis = Ustaz Haji Ahmad Adnan Fadhil & Ustaz Haji Riduan Mohd Nor
Penerbit = Jundi Resources

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger