Membina dan memakmurkan masjid adalah di antara cara menghampirkan diri kepada Allah yang lebih afdal, dengan syarat usaha pemakmuran itu ikhlas kerana Allah serta suci daripada riak dan bermegah-megah. Di sana sini, di segenap pelosok bumi kita dapat mendengar seruan azan dilaungkan.
Measjid harus dikembalikan pada tujuan asalnya yang suci iaitu untuk dimakmurkan dengan ketaatan. Perhatian yang berat harus diberikan kepada para imam, pemberi nasihat dan para pendakwah yang bertanggungjawab memberi arahan dan petunjuk kepada ummah.
Tahap pengetahuan mereka mesti dipertingkatkan dengan menghidupkan semula majlis-majlis ilmu yang pernah dilaksanakan oleh masjid-masjid terkenal masa lalu.
Buku ini membincangkan tentang adab-adab yang sepatutnya diamalkan oleh seorang Muslim semasa berada di dalam atau di luar masjid.
Dari satu sudut yang lain, buku ini turut membincangkan tentang perkembangan pembinaan masjid dan bentuk rekaannya (seni bina) di sepanjang sejarah Islam dalam pelbagai negara Islam.
Dengan merujuk buku ini, semua pihak yang terlibat dengan urusan masjid dapat gambaran sebenar fungsi masjid dalam menghadapi cabaran abad 21.
Kandungan
Pendahuluan
1- Masjid dalam Islam
2- Masjid dan Jami’
3- Organisasi Masjid dan pengurusannya
4- Lokasi masjid dan kedudukannya
5- Bentuk masjid dan kaedah fizikalnya
6- Fungsi masjid
7- Masjid dalam sejarah
Penutup
Harga: RM 15.00
Penulis: Shaikh Ali Mohamad Mokhtar
Muka Surat: 234
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)