Sembahyang Jamak & Qasar Adalah Sedekah Allah

Sembahyang Jamak & Qasar Adalah Sedekah Allah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaKKlt02KKfkxW_NcExhIfhVTnU6ms0YMrMtv89bieM4cyLCDdDfGjyEQwsbAXjcUXpFhXOvqHwYmibKez1zm0ChHqxmR_ASmYEPSIZySuVu-3sflQyBemfU4Qq7h3-g0usLyxX7d2-2IR/s72-c/PJ-1517L.jpg
Di antara sifat pengasih Allah kepada para hamba-Nya ialah Dia memudahkan hukum sembahyang ketika musafir atau menghadapi kesukaran. Kemudahan ini, yang dikenali sebagai sembahyang Jamak dan Qasar, disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai satu sedekah dari Allah.

Akan tetapi, sayang sekali, sebahagian umat Islam telah meletak pelbagai syarat ke atas sembahyang Jamak dan Qasar sehingga akhirnya ia tidak dianggap sebagai satu kemudahan,malah menjadi satu kesukaran yang membebankan umat.Melalui buku ini, penulis menjelaskan bahawa segala syarat-syarat tersebut sebenarnya tidak berasal daripada Allah dan Rasul-Nya.

Penulis menguatkan penjelasannya ini dengan dalil-dalil daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih, diikuti dengan penjelasan para ilmuan yang meneliti persoalan ini dengan mendalam. Kami sebagai penerbit yakin bahawa melalui buku ini, sedekah Allah dalam kemudahan sembahyang Jamak dan Qasar akan dapat dinikmati semula sepenuhnya oleh para pembaca sekalian.

Harga: RM 8.00
Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Muka surat: 75
Penerbit: Jahabersa

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger