Solat Tarawikh
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrLeu0EuinILruLw0PSooV1x-qg2Ct8M_12zhLqwBMy_aQ2i8XZ325b-1KwMLFZs_Uw8NtKGXCGHyW4GxuxLZGff2QzybT06cfTqr19IvdjoBenw4ueRrfcO3u9GqjG2waeLGXgieFjifN/s72-c/PJ-0714m.jpg

Fatwa tersebut antara lain menyatakan bahawa Nabi SAW tidak pernah mengerjakan Solat Tarawikh secara 8 rakaat, bahawa bilangan yang ditetapkan oleh Amirul Mukminin Umar al-Khattab adalah 20 rakaat dan ketetapan inilah yang dipersetujui secara ijmak oleh generasi sahabat semuanya.
Atas dasar-dasar ini mereka merumuskan bahawa Solat Tarawikh itu hanya wujud dalam bentuk 20 rakaat dan barangsiapa yang melakukan sesuatu bilangan rakaat selain 20, dia tidak dipandang sebagai telah bertarawikh di malam Ramadhan.
Fatwa ini sangatlah menjauhi kebenaran dan atas dasar inilah buku ini diusahakan. Dengan merujuk kepada berbagai hadith yang sahih dan hujah para ahli fiqh yang muktabar, buku ini berusaha menerang kedudukan sebenar jumlah rakaat Solat Tarawikh.
Selain itu ia juga ikut sama membicara beberapa isu penting yang berkaitan dengan perlaksanaan Solat Tarawikh masa kini di Malaysia. Didoakan agar buku ini dapat dijadikan sumber rujukan yang berguna bagi semua dalam usaha kita sama-sama memakmurkan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Harga: RM9.90
Penulis: Hafiz Firdaus Abdullah
Muka Surat: 205
Penerbit: Jahabersa