Cercaan Kepada Sahabat Nabi - Apa Reaksi Kita?

Cercaan Kepada Sahabat Nabi - Apa Reaksi Kita?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHUr98GS6mJWko18ryqs37V-CaTieKSdHQo7R1YslqaBXa6KsRcWuXYWoUEEqJ7mhHaytllVvXnnwsvh7T2UPIgfRG7-lFWBj2eGkR6S8vZcRpxG5ZoQvDPo0jKt-1S7W9axn-xfQW6wnM/s72-c/cercaan.JPG
Buku Cercaan Kepada Sahabat Nabi - Apa Reaksi Kita? merupakan sebuah buku yang diolah semula dari beberapa fakta berkaitan dengan buku saya yang terdahulu iaitu Buku Keadilan Sahabat di Sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (2005). Apa yang boleh saya coretkan daripada mukadimah buku ini seperti berikut:

Para sahabat ridhwanullah ‘alaihim adalah golongan yang terawal bertemu dan dididik oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Merekalah yang berperanan dalam memelihara, meriwayat, memindah, menyebar dan menyampaikan risalah Nubuwwah ini kepada generasi selepas mereka hingga masa kini. Manhaj inilah yang direntasi oleh ulama muslimin di setiap masa dan ketika, membenarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Amanah dan tanggungjawab yang berat ini dipikul oleh para sahabat dalam kepelbagaian aspek yang menunjukkan penekanan dan pemeliharaan mereka yang begitu tinggi terhadap al-Sunnah. Kewujudan sebilangan manusia yang cuba meremehkan peranan dan tanggungjawab para sahabat ridhwanullah ‘alaihim membuatkan buku ini ditulis. Walaupun bilangan mereka hanya segelintir dan seolah-olah tidak dirasai kewujudan di Malaysia. Sebenarnya, pengaruh mereka begitu kuat sejak zaman berzaman.

Bukan sedikit bilangan mereka yang terpengaruh dengan dakyah kelompok yang menghina sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam seperti Khulafa` al-Rasyidin, Ummahat al-Mukminin, Abu Hurairah, Mu’awiyah dan lain-lainnya. Begitu juga dalam permasalahan Fitnah al-Kubra, masih ramai yang menganggap bahawa keadaan itulah yang memulakan konflik percakaran sesama umat Islam hingga kini.

Penilaian ini sebaiknya kita soroti dengan dada yang lapang dan tidak begitu fanatik dalam mengambil setiap pendapat. Masih banyak buku dan majalah yang perlu diberikan saringan pada setiap penulisan yang ditulis oleh mereka yang hanya berlandaskan emosi dalam berhujah. Malahan, apabila mereka menceritakan para sahabat, sanggup mereka mencerca dan meremehkan kedudukan para sahabat ini secara terang-terangan.

Apa yang perlu diketahui oleh kita yang mengaku beriman dengan Allah dan RasulNya adalah disebalik cercaan dan kritikan mereka terhadap para sahabat ini ternyata terselindung satu konspirasi jahat iaitu mencela Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, menggugurkan kehujahan al-Quran dan al-Sunnah sekaligus menggoyahkan keimanan umat terhadap agama Islam.

Kesimpulannya, mari kita perhatikan komentar al-Imam Malik bin Anas rahimahullah yang mengungkapkan: “Mereka itu adalah suatu kaum yang sebenarnya mempunyai misi tersendiri untuk mencela Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam namun ternyata tidak mampu berbuat demikian. Akhirnya, mereka mencela para sahabat baginda agar orang ramai berpendapat bahawa baginda adalah orang yang hina, seandainya baginda memang orang yang baik, sudah pasti para sahabatnya adalah orang-orang baik juga.”

Penjelasan dan huraian ini walaupun begitu ringkas tetapi amat padat dan penuh dengan makna yang tersirat jika difikirkan semula. Inilah kalimah bernas daripada al-Imam Malik dalam mempertahankan institusi para sahabat dari terus diceroboh dan kerap pula kehebatan mereka disanggah oleh manusia ‘kerdil’ dan hina, jika direnung dengan saksama.

Kandungan

Kritikan serta cacian terhadap para sahabat ridhwanullah ‘alaihim dan kedudukan kita sebagai muslim

1. Cacian terhadap para sahabat ridhwanullah ‘alaihim

a. Takrif cacian
b. Hukum mencaci para sahabat ridhwanullah ‘alaihim
c. Pembahagian cacian dan cercaan
d. Pencaci yang menggunakan istilah kritikan ilmiah atau kebebasan kajian dan kritikan

2. Kedudukan dan komentar para sahabat ridhwanullah ‘alaihim terhadap peristiwa Fitnah al-Kubra

3. Pencerahan sesetengah sahabat ridhwanullah ‘alaihim mengenai peristiwa pembunuhan ‘Utsman radhiallahu ‘anhu

4. Iktibar - Penyakit yang sama dialami oleh dunia Islam kini dari peristiwa pembunuhan ‘Utsman radhiallahu ‘anhu

a. Jahil terhadap fitrah dan syariat Islam.
b. Mereka adalah orang-orang yang melampaui batas dalam beribadah.
c. Menghalalkan darah kaum muslimin dan menuduh mereka sebagai orang yang telah kafir.
d. Sering menyebarkan kebatilan

Harga: RM7.90
Penulis: Mohd Fikri Che Hussain (tuan kedai)
Muka surat: 88
Penerbit: Jahabersa

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger