Pengurusan Pembelajaran Efektif

Pengurusan Pembelajaran Efektif
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoX0dP3nTbKc6leELaZxXbU9razRxOQGFvQMVrJkQBLm1-vomryuPsHdASn5SC48H2rKa7owb5DzcG88_8zbpd9-2yPlzYMKLEKC0J5DCkunHhR8Ico5fe4mA6rM5PFQRRr65vaNa5Gqxb/s72-c/PJ-1840L.jpg
Buku ini adalah hasil usahasama saya dan isteri yang sudah sekian lama. Mula-mula buku ini disiapkan sekitar 2 tahun lalu. Selepas begitu lama tidak diterbitkan saya mula menambah apa yang perlu dan melakukan beberapa rombakan semula untuk menjadikannya lebih mudah dan lebih tersusun.

Semua hasil karya di dalam buku ini adalah hasil koleksi daripada rujukan bagi modul kami ketika memberikan motivasi kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting. Teknik pengurusan pembelajaran ini merupakan teknik biasa yang dilakukan oleh para motivator yang lain, tetapi kami lebih mengutamakan panduan kendiri bagi setiap tahap pelajar untuk membolehkan mereka terus kekal bersaing sesama mereka.

Teknik ini masih lagi saya amalkan hingga kini dalam melakukan jadual penulisan berskala sekalipun ’sukar’ untuk diterbitkan pada waktu yang ditetapkan. Apa pun usaha mewujudkan itu lebih penting diutamakan daripada tidak melakukan sebarang kerja atau usaha ke arah untuk menyiapkannya.

Buku ini sesuai dibaca dan dimiliki oleh semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan daripada peringkat UPSR hinggalah ke peringkat universiti, memandangkan level penulisannya serta harga berpatutan yang ‘mesra’ peringkat usia. Insya Allah, teknik ini jika dilakukan dengan baik ia akan menjadi pembuka jalan ke arah pembelajaran yang lebih efektif pada setiap peringkat. Isi kandungannya adalah seperti berikut:

Kandungan

PRAKATA

1 BERFIKIRAN CERDIK

2 PERSEDIAAN BELAJAR

Belajar Secara Efektif
Latihan Membuat Jadual
Penyusunan Jadual Yang Berkesan
Belajar Untuk Belajar
Cara Menghadapi Stress

3 BELAJAR PINTAR

Sistem Belajar MURDER
Sistem Belajar PQSRT
Kecepatan membaca/Pemahaman
Membaca Secara Kritis
Membaca/Memahami Buku
9 Cara Atasi Lambakan Buku Ulangkaji

4 PENYERTAAN DI DALAM KELAS

Berjaya Belajar Di Kelas
Konsentrasi atau Penumpuan
Pembentangan Di Kelas
Pembentangan Yang Berkesan
Langkah-Langkah Menyediakan Pembentangan

5 PERSIAPAN MENGHADAPI UJIAN/PEPERIKSAAN

10 Tips Menghadapi ujian
Meramal Soalan Persediaan Untuk Peperiksaan

6 PENUTUP

10 Cara Untuk Berjaya

RUJUKAN

Harga: RM8.90
Penulis: Azromihana Binti Azmi & Mohd Fikri Che Hussain
Muka surat: 100
Penerbit: Jahabersa

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger