Novel Uthman Affan - Pengumpul Al-Quran

Novel Uthman Affan - Pengumpul Al-Quran
http://4.bp.blogspot.com/_ePEleKas6fU/S1GPNXUjLdI/AAAAAAAAA3k/vf6WCR_8aww/s72-c/uthmanaffan.jpg
Saidina Uthman berasal daripada keluarga Umaiyah yang lahir pada tahun 574 dan dilantik menjadi khalifah pada tahun 644 selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia.Ketika itu beliau berusia 70 tahun dan memerintah empayar Islam selama 12 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 82 tahun akibat dibunuh.

Pada suatu ketika beliau menjadi kebanggaan suku kaumnya, malah sangat disanjungi, lebih-lebih lagi keluarganya berharta, namun selepas memeluk Islam beliau dicemuh ahli kaumnya yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Tetapi beliau seorang yang berani dan tidak berputus asa, malah selepas mendapat hidayah beliau tidak teragak-agak untuk berada di samping Rasulullah dan perjuangannya, walaupun ramai yang menentang.

Saidina Uthman adalah antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Sidiq dan tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga. Beliau mendapat gelaran Zu al-Nurain yang bererti memiliki dua cahaya kerana Rasulullah s.a.w mengahwinkannya dengan dua puterinya iaitu Ruqayah dan kemudian dengan Ummu Kalthum selepas Rauqayah meninggal.

Sepanjang pemerintahannya dari tahun pertama hingga keenam, banyak kejayaan diraih. Empayar Islam berkembang hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunia, Maghribi dan Eropah.

Antara jasa khalifah Uthman yang besar ialah penyusunan semula al-Quran dengan sebutan lahjah Arab Quraisy. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.


Harga: RM24.00 (Sem), 27.00 (Sbh/Swk)
Muka Surat: 239 hlm
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger