Kesalahan-kesalahan Orang Yang Bersolat

Kesalahan-kesalahan Orang Yang Bersolat
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8nx9mfGmfVVI_5iHHmJmKdgd0jJR1mV4lqSJ1JrDNj33PyC2O7yvoFyqw5bnfD2VvL4jx2XXWtfivehhYqfBFEzgq21kBIqWt6u2lrqRYID0eAmSRvaC1vIxpWyDwD1nh9vBcapQ-FA5Q/s72-c/kesalahanorg.jpg
Kitab al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, yang ditulis oleh Syeikh Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud Bin Salman adalah sebuah rujukan utama dalam membetulkan tatacara solat menurut sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Kitab yang dinantikan ini telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh penerbitan Jahabersa.
Namun terdapat sedikit kesalahan pada nama penulisnya yang dintulis sebagai Abu Ubaidillah (Ubaidah) Masyhur Bin Hasan Bin Sulaiman (Salman). Kitab ini begitu terperinci dalam menekankan beberapa kesalahan yang dianggap sunat di kalangan orang awam.
Setiap perkara dijelaskan berdasarkan sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menurut perbuatan, ucapan dan juga amalan sunat dan wajib semasa solat. Semua ini dijelaskan secara terperinci kerana pesan baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kepada umatnya “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat”. ( H.R Ahmad dan Muslim )

Kita semua mungkin tidak dapat melihat bagaimana cara sebenar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersolat, tetapi kita dapat menilai teknik dan panduan ini menerusi hadis-hadis sahih yang disabdakan sendiri oleh Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai panduan generasi umat Islam seterusnya.
Hal ini adalah lebih baik diamalkan berdasarkan hadis sahih berbanding perkataan dan pengucapan para ustaz dan ilmuan yang tidak didasari kepada hadis Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Betapa banyak kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam bermula dari cara berpakaian mereka semasa ingin menunaikan solat sehinggalah mereka selesai menunaikannya.
Cukuplah sandaran kita terus kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam seorang maksum yang membawa syariat Islam ini demi kesempurnaan solat kita seharian. Semoga segala panduan dan ikutan kita berdasarkan hadis-hadis sahih ini bakal mendapat syafaat Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam di akhirat kelak. Amin.

Harga: RM60.00
Penulis: Abu Ubaidillah Masyhur Bin Hasan Bin Sulaiman
Halaman: 463 muka surat
Penerbit: Jahabersa

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger