Perang Badar : Perang Penentuan

Perang Badar : Perang Penentuan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUcWKMWOzT-xK3E6ydDR0al4WmL5WLASE-twWqR6hGabTcAhjvZiZug3uodQSmW6rFNAQaLVkdAHgfyXWmD3pRATBHXSNdqmk3CarpdN_CTF-c-5IPxRZ0lwWhFz4H-RwI_R-AgYRGuHKI/s72-c/Perang+Badar_perang+penentuan.jpg


Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat
.
Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah. Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.

Kisah Perang Badar, perang pertama umat Islam. Bab-bab awal berkisah berkenaan Kota Madinah yang permai dan damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Pada bab pertengahan konflik semakin berkembang dengan ketegasan pihak Islam Madinah yang menyukarkan dan membuatkan pihak Quraisy kafir di Mekah terasa sukar. Bab akhir adalah kemuncak peperangan dan kemudiannya menceritakan berkenaan kesan perang ke atas pihak Madinah dan mekah.

Harga : RM24.00
Muka Surat : 223
Penerbit : PTS Litera
Penulis : Abdul Latip Talib

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger