Nilai & Harga Waktu Dalam Kehidupan Muslim

Nilai & Harga Waktu Dalam Kehidupan Muslim
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLWJpkih7MSk13nrhy6wF9gjaVh0ejMdsVHQWe-d6Mssbe4IATKCY-X2SdCZhauqI03mJgLEgFvegozdgyIQGm0rkqK-RZ9rT5vxoBFMS1Zhyphenhyphen6Xqu-cqgNdjsoOrD0hJ0TEkvi7A_emoEc/s72-c/nilaidanhargawaktu.jpg

Buku karya ulama terkenal Dr. Yusuf Qaradawi ini sangat menarik untuk ditatapi, dibaca dan dihayati. Ia begitu menyentuh perasaan. Sepanjang usaha penyuntingan dilakukan, entah berapa ratus kali saya menitiskan air mata keinsafan. Lakaran pena beliau sememangnya mampu memberi kesedaran terhadap kelekaan kita terhadap nikmat masa.

Sememangnya kita begitu leka terhadap masa yang dianugerahkan oleh Allah. Ia juga memberi motivasi untuk membetulkan halatuju kehidupan ke arah yang lebih cemerlang di alam kehidupan dunia seterusnya di alam yang kita dambakan iaitu akhirat.

Buku ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan dan taulan untuk sama-sama berkongsi kebaikan dan kesedaran. Tidak ada hadiah yang paling bernilai melainkan hadiah yang boleh mendatangkan seribu keinsafan. - Penerbit

Permasalahan "masa" bukan hanya salah satu cabang permasalahan kehidupan muslim, malahan "masa" adalah merupakan permasalahan utama di antara sejumlah permasalahan tersebut. Ini kerana "masa" adalah kehidupan atau umur seseorang. Setiap saat dan detik yang berlalu, bukan hanya sebahagian daripada jam dan hari, malahan ia adalah "umur" seseorang atau usia manusia. - Penulis

Harga = RM15.00 (Sem) RM17.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 237
Penulis = Dr. Yusuf al-Qaradawi
Penterjemah = Ustaz Ahmad Asri Lubis Bin Abusamah
Penerbit = Darul Fuqaha

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger