Kemuncup Dalam Perjuangan

Kemuncup Dalam Perjuangan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLHqHJuN1CACyFnqnbGHeR2Y11HyZWj75U_0YbquuGWJ3nHWTz5Qy2KG5yQvTCN3uOsRLmqFW_pK3ts1KaC8U6CLZhmS4ZczVmDBngU1wFPvnUB2-Vv984mW_jl18S6YEx1hSjGHo2uE9K/s72-c/kemuncupdlmperjuangan.jpg
Makhluk yang bernama PAS ini lahir setelah apa yang disebut politik Islam ini langsung tidak wujud di muka dunia seluruhnya. Kita pergi ke Timur Tenga, kita dapati sebutan politik Islam baru saja ada, setelah beratus tahun dinafikan dan dimusnahkan oleh penjajah.

Pergilah ke dunia Islam manapun, sama ada di Mekah atau di Madinah, baik pun di Mesir atau Morocco, atau di negeri-negeri mana yang didiami oleh orang Islam, semua dijajah oleh manusia kafir, dijajah oleh Perancis, dijajah oleh Inggeris, dijajah oleh Belanda, dijajah oleh Portugis dan sebagainya.

Semasa penjajah mencemarkan cengkamannya dan cerpunya ke atas seluruh dunia Islam, satu hal yang diusahakan oleh mereka itu ialah melenyapkan apa yang disebut politik Islam. Mereka hanya menghidupkan ibadat Islam, bahkan kalau dapat ibadat sendiripun hendak dilenyapkannya.

Tetapi oleh kerana usaha mereka untuk melenyapkan Islam diperingkat ibadat tidak berjaya, maka mereka biarkan ibadat itu hidup, tetapi politik Islam mereka lenyapkan secara perlahan-lahan, tetapi untuk dihapuskan habis-habisan dalam jangkamasa panjang. - Penerbit

"PAS akan turut kekal sampai kiamat sekekalnya Al-Quran dan Hadis, InsyaAllah. Tetapi kalau PAS menyeleweng, tulis Al-Quran menjadi dasarnya, sedangkan pada amalannya berlainan dengan Al-Quran, berlainannya bermula dari cawangan, sampai kepada kawasan, sampai ke peringkat negeri dan sampai ke peringkat pusat.

Ataupun penyelewengan bermula dari pusat sampai ke peringkat negeri dan seterusnya sampai kepada kawasan dan cawangan. Maka tidak ada sebarang unsur untuk kekalnya PAS. PAS boleh kekal dengan berkat dan tuah Al-Quran" - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 228
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger