Leo Africanus - Leo Africanus – Pengembara Muslim Yang Belum Dikenali Ramai

Leo Africanus - Leo Africanus – Pengembara Muslim Yang Belum Dikenali Ramai
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjskFPRm91IfyvW1WIMLEjanmcAWklmksWCaZkevJsYcFrsOIMTRlHHSQif9QPmBc3SqICgXCog8SiJHkfGiYkPlRG90VYWM4xXqPICA95IVOoZyGM_NAgAWLqJ0olq4kdn9L3plXssON7-/s72-c/PJ-1371L.jpg
Buku ini mengupas secara ringkas sejarah seorang pengembara Arab Muslim yang berjuang bersendirian di Eropah suatu ketika dahulu. Tokoh ini tidak dikenali oleh umum masyarakat muslim di sebelah timur, apatah lagi oleh rakyat Malaysia di nusantara ini.

Penulis ingin menceritakan betapa seorang pengembara Islam yang ditawan di Vatican selama berbelas tahun dan menghasilkan karya berkaitan geografi dunia Islam boleh dilupai begitu sahaja. Sedangkan, bukunya dijadikan rujukan utama di barat sepanjang 6 abad.
Malangnya, umat Islam di nusantara tidak mengenali beliau.
Kepayahan beliau mempertahankan akidahnya di dalam kawasan musuh selepas kejatuhan Islam di Andalusia - Sepanyol cukup memeritkan. Beliau sendiri terpaksa mengorbankan akidahnya dengan menjadi ‘murtad’ ketika berada di bawah pengawasan para Kardinal di Itali.

Anda seharusnya memiliki buku ini untuk melihat sedikit gambaran ketokohan sarjana Islam yang dikagumi oleh Dr. Pekka Masonen yang merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah, Universiti Tampere di Finland. Leo Africanus ini cukup terkenal di Barat, hinggakan William Shakespeare sendiri melakarkan satu kisah yang berjudul Othello, the Moor of Venice berasaskan kisah ini. Walaupun ada sebilangan sasterawan lain yang merujuk kepada cerita yang diadaptasikan dari satu penulisan Itali berjudul Un Capitano Moro (A Moorish Captain) oleh Cinthio atau nama sebenarnya Giovanni Battista Giraldi (1504-1573).

Penulis sendiri menghubungi Dr. Pekka Masonen secara peribadi melalui emel bagi mendapatkan beberapa dokumen dalam menghasilkan terjemahan buku berkaitan biografi tokoh Islam ini. Pada asalnya terjemahan buku ini adalah sekadar ‘suka-suka’ dalam usaha penulis untuk mempelajari bahasa Inggeris, tetapi hasilnya cukup memberi manfaat baik kepada diri dan dapat dikongsikan bersama. Insya Allah.

Harga jualan : RM 11.00
Penulis : Dr. Pekka Masonen
Penterjemah : Mohd Fikri bin Che Hussain (tuan kedai)
Muka surat: 125 halaman
Penerbit: Jahabersa

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger