Nasihat Agama dan Wasiat Iman ( Kehabisan Stok!)

Nasihat Agama dan Wasiat Iman ( Kehabisan Stok!)
http://3.bp.blogspot.com/_ePEleKas6fU/SjeV0bd4KHI/AAAAAAAAAe4/3ufj9zJ4x3w/s72-c/nasihatagamawasiatiman.jpg
Sebuah buku yang terdapat hampir di setiap masjid dan surau di Malaysia. Buku ini juga dibaca di kuliah dan tazkirah bimbingan setiap minggu.

Kata Penerbit

Buku ini merupakan bimbingan bagi setiap Muslim / Muslimah untuk mengenal ilmu-ilmu yang wajib dari aqidah Islamiah dan hukum-hukumnya, dan untuk melengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji, sebagaimana yang dituntun oleh Al-Quran Al-Karim dan Sirah Nabawiyah.

Di samping menunjukkan cara-cara berdakwah ke jalan Allah Ta'ala, menunaikan hak dan kewajiban terhadap Agama Islam yang suci, dengan berdalilkan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi yang mulia, ditambah pula dengan kata-bicara para imam dan alim-ulama, yang tidak seharusnya seseorang Muslim sampai boleh menjahilinya, dan tidak sepi seseorang alim atau pendakwah atau guru atau murid dari memerlukannya.

Kandungan buku ini merupakan mutiara manikam yang tidak dapat dibeli dengan wang, malah diberi percuma oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kurnia yang besar daripadaNya untuk sesiapa yang mengingininya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah Ta'ala yang akan hidup bahagia di dunia dan hidup bahagia di akhirat.- Penerbit

Harga = RM50.00 (Kulit Tebal)
Mukasurat = 493
Penulis = Imam Habib Abdullah Haddad
Penterjemah = Syed Ahmad Semait
Penerbit = Pustaka Nasional Pte Ltd (Singapura)

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger