Selamat Datang

Bukan Semata Mengumpul Harta
Tetapi Ingin Menyebar Ilmu Merata

Borang Tempahan Buku


Nama Anda
Email Anda
Judul Buku Pilihan Anda
Alamat & Telefon Bimbit Anda
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Rabu, 20 Julai 2011

Soal Jawab Tentang Zakat


Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang ZAKAT

Tapi anda malu bertanya.....



Masyarakat umum sering keliru bagaimana hendak mengeluarkan zakat?. Bila perlu dikeluarkan?. Kalau dah bayar cukai pendapatan, apakah perlu bayar zakat lagi?. Apa perbezaan antara zakat dan sedekah?. Bolehkah mengeluarkan zakat kepada keluarga sendiri yang fakir miskin?. Berapa amaun minimum duit bank yang perlu dikeluarkan zakat? Berapa yang perlu dikeluarkan? Bagaimana pula dengan emas yang dipakai hingga ke siku? .

Ini sebahagian persoalan yang sering menerobos minda masyarakat umum. Soalan itu nampak remeh-temeh tetapi ramai yang tidak pasti jawapannya secara tepat. Buku ini lain dari yang lain. Ia menangani masalah remeh-temeh tentang zakat yang ramai orang tidak tahu tapi malu untuk bertanya. Soalan-soalan yang pelik juga ditangani. Antaranya : Boleh tak guna duit zakat untuk kahwin? Perusahan madu lebah kena zakat atau tidak? Boleh ke anak minta duit zakat dari bapa yang kaya? orang lelaki pakai emas kena zakat ke tak?

Buku ini juga menghurai tentang sedekah. Bolehkah anda menjawab soalan ini : Apakah derma darah juga dikira sedekah? Sahkah sedekahkan seluar pendek? Betulkah air dan garam juga boleh disedekahkan? 

Yang penting zakat membersihkan harta anda. Allah S.W.T memberi lipah kurnia yang bertimbung-timbun supaya rezeki anda lebih murah. Cungkillah rahsianya di dalam buku ini.!!

Harga :RM16.90 (semenanjung)/ RM18.90 (sabah&sarawak)
Penerbit : Telaga Biru
Penulis : Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

0 komen:

Komen Anda

Hak Cipta Terpelihara © 2009 Kedai Buku Fikri | All Rights Reserved.