Latest Products
Memaparkan catatan dengan label Koleksi TG Nik Aziz. Papar semua catatan

Nasihat Ramadan Daripada Orang-orang Soleh

Ramadan adalah nikmat yang tidak habis dibicarakan. Lisan para da'ie tidak pernah penat mengulasnya. Telinga para perindu syurga tidak pernah bosan menyemaknya. Pena para ulama tidak pernah kering menulis dan mengupasnya. Buku-buku mereka bertebaran di mana-mana, dalam pelbagai versi dan bahasanya. Namun begitu masih banyak di antara kita yang masih belum memiliki semangat untuk meraih pahala-pahala besarnya.

Buku sederhana ini, sengaja kami hadirkan untuk memenuhi ruang-ruang itu. Terkadang kita salah dalam menanggapi Ramadan. Orang-orang soleh yang telah mendahului kita, memberikan teladan yang baik bagaimana memahami dan mengoptimumkan diri di bulan Ramadan.

Mereka teruja dan bersemangat melakukan ibadah di bulan mulia ini, semoga ia memberikan inspirasi dan mengubah cara kita melayari Ramadan agar kita tidak terus-menerus menjadi orang yang rugi; membiarkan Ramadan berlalu tanpa memetik apa-apa, dan tanpa ada perubahan dalam diri.
- Penerbit

BAHAGIAN 1: MUQADDIMAH-
Bab 1: Ramadan: Pasak Kesucian Empat Fungsi Kesucian Waktu
BAHAGIAN 2: Ya Allah, Jadikan Kami Orang-Orang Yang Disapa Ramadan
Bab 2: Semangat Dan Pesanan Rasulullah SAW Menjelang Ramadan
Bab 3: Berpuasa Untuk Kaldai
Bab 4: Ramadan Menyapa
Bab 5: Beginilah Ramadan Menyapa, Kita Bagaimana?
Bab 6: Saat Tetamu Yang Diagungkan Berada Di Ambang Pintu

BAHAGIAN 3: Ramadan: Ladang Kebaikan
Bab 7: Ladang Kebaikan Itu Benama Ramadan
Bab 8: Lima Sumber Kekayaan Ramadan

BAHAGIAN 4: Nasihat Ramadan Orang-Orang Soleh
Bab 9: Agama Adalah Nasihat
Bab 10: Persiapan Orang-Orang Soleh Menyambut Ramadan
Bab 11: Orang-Orang Soleh Dan Semangat Memelihara Puasa
Bab 12: Nasihat Ramadan: Jadilah Dermawan Yang Pemurah
Bab 13: Nasihat Ramadan: Bacalah Al-Quran
Bab 14: Saat Malam Menyelimuti Orang-Orang Soleh
Bab 15: Puasa Dan Nasihat Beristighfar
Bab 16: Iktikaf Bersama Orang-Orang Soleh
Bab 17: Menanti Turunnya Lailatul Qadar
Bab 18: Maksimumkan Ramadan

BAHAGIAN 5: Apa Kesalahan Kita Sepanjang Ramadan Lalu?
Bab 19: Haruskah Kesalahan Ramadan Lalu Kita Ulangi?
Bab 20: Cukuplah Kesalahan Itu, Jangan Ulangi Lagi Di Ramadan Kali Ini

BAHAGIAN 6: Penutup
Bab 21: Orang-Orang Soleh Di Penghujung Ramadan
Bab 22: Lambaian Ramadan

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 202
Penulis = Sulthan Hadi
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYY7Dpmt3BrGSUKZM9dvp62GJZpi8FVKSeiLnMht-78zcWuPXcwFJo8RaIDIxzp-b2dk-7K9GxwPxYhD0Kf8oGUbgfwcO599nSFpFgCDdcMr8jUh4xV_miHLfaAmovoFzk28Uj5UeBzAIb/s72-c/nasihatramadan.jpg
View detail
Kemuncup Dalam Perjuangan

Kemuncup Dalam Perjuangan

Makhluk yang bernama PAS ini lahir setelah apa yang disebut politik Islam ini langsung tidak wujud di muka dunia seluruhnya. Kita pergi ke Timur Tenga, kita dapati sebutan politik Islam baru saja ada, setelah beratus tahun dinafikan dan dimusnahkan oleh penjajah.

Pergilah ke dunia Islam manapun, sama ada di Mekah atau di Madinah, baik pun di Mesir atau Morocco, atau di negeri-negeri mana yang didiami oleh orang Islam, semua dijajah oleh manusia kafir, dijajah oleh Perancis, dijajah oleh Inggeris, dijajah oleh Belanda, dijajah oleh Portugis dan sebagainya.

Semasa penjajah mencemarkan cengkamannya dan cerpunya ke atas seluruh dunia Islam, satu hal yang diusahakan oleh mereka itu ialah melenyapkan apa yang disebut politik Islam. Mereka hanya menghidupkan ibadat Islam, bahkan kalau dapat ibadat sendiripun hendak dilenyapkannya.

Tetapi oleh kerana usaha mereka untuk melenyapkan Islam diperingkat ibadat tidak berjaya, maka mereka biarkan ibadat itu hidup, tetapi politik Islam mereka lenyapkan secara perlahan-lahan, tetapi untuk dihapuskan habis-habisan dalam jangkamasa panjang. - Penerbit

"PAS akan turut kekal sampai kiamat sekekalnya Al-Quran dan Hadis, InsyaAllah. Tetapi kalau PAS menyeleweng, tulis Al-Quran menjadi dasarnya, sedangkan pada amalannya berlainan dengan Al-Quran, berlainannya bermula dari cawangan, sampai kepada kawasan, sampai ke peringkat negeri dan sampai ke peringkat pusat.

Ataupun penyelewengan bermula dari pusat sampai ke peringkat negeri dan seterusnya sampai kepada kawasan dan cawangan. Maka tidak ada sebarang unsur untuk kekalnya PAS. PAS boleh kekal dengan berkat dan tuah Al-Quran" - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 228
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Anbakri Publika Sdn Bhd

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLHqHJuN1CACyFnqnbGHeR2Y11HyZWj75U_0YbquuGWJ3nHWTz5Qy2KG5yQvTCN3uOsRLmqFW_pK3ts1KaC8U6CLZhmS4ZczVmDBngU1wFPvnUB2-Vv984mW_jl18S6YEx1hSjGHo2uE9K/s72-c/kemuncupdlmperjuangan.jpg
View detail
Live From Unplugged 2

Live From Unplugged 2

"Dan tidak ada yang benci kepada agama Nabi Ibrahim, melainkan orang yang memperbodohkan dirinya sendiri". (Sebahagian dari Surah al-Baqarah ayat 130)

'Unplugged 2' adalah himpunan manifestasi sikap seorang Tok Guru yang berterus terang. Dalam usia yang sedikit lewat, apa lagi yang lebih berharga dari meninggalkan sebuah kejujuran. Dalam konteks Malaysia, memang amat jarang kita berpeluang diketemukan dengan personaliti agama yang berbicara dalam hampir setiap segi dengan jujur. Melempar syak dan prejudis sejauh-jauhnya, 'memberi tanpa syarat' adalah roh keikhlasan yang dapat kita rasai lewat meresapi buku ini.

Dengan begitu, ada terkilas kecenderungan umum untuk mempercayai bahawa Nik Abdul Aziz adalah satu-satunya lagi ulama yang masih berbaki; yang sedia berbicara dalam hampir setiap isu. Biarpun beralih mimbar dari serambi masjid kampung ke ruang mewah hotel Nikko, Nik Abdul Aziz tetap kelihatan konsisten menyampaikan risalah nubuwwah tinggalan Nabi S.A.W. Lebih penting apabila beliau sentiasa bersifat 'real' tekun menserasikan Islam dengan waqi' semasa. Jika ini tidak dilakukan, beliau percaya dunia da'ie dan agamanya akan menjadi sesempit lubang jarum.

Apa yang diharapkan oleh buku ini ialah menjahit carik-carik cebisan ilmu Islam yang dilihat semakin tertinggal. Tak perlu kita berbahas sama ada keadaan ini berlaku kerana Islam itu sengaja ditinggalkan atau tidak tetapi hakikat yang nyata ialah perspektif Islam sering tidak diberikan tempat yang sentral dalam mencampuri pelbagai perbincangan yang menyinggung urusan keduniaan. Seakan-akan sentiasa ada orang yang membisik kata-kata pemisah kepada kita berbunyi "leave the mosque to the imams and the state to the statesmen".

Dengan ini, izinkan buku ini berbicara semahunya justeru bersama ulama yang juga ahli politik ini, ada senaskah kitab petunjuk bernama Al-Quran dan sehimpun sabda dari Nabi-Nya. Ayuh diam seketika untuk bertafakur. Lihat bagaimana cermatnya seorang ulama menjahit sisa-sisa kain tamadun yang carik.

Menjadikah ia sehampar permaidani contoh yang bisa dijadikan sandaran gagah bersifat alternatif?Adakalanya buku ini kelihatan menyerang tetapi apa salahnya menyerang dalam satu perlawanan persahabatan? Menang dan kalah dalam gelanggang hujah tidak menjadi apa-apa. Bukankah kita berkawan? Kalaupun kita berbeda, biarlah ia sekadar sesi peringatan antara kita sesama kita dalam mencari apa yang original di atas nama petunjuk. Lagipun, bukankah Islam yang hakiki itu milik semua? - Penerbit

Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 140
Karya = Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penyusun = Annual Bakri Haron

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_OiOh66J2qAUB_JzxfVz5ACTK9kKsuhNeGu7Uj89_2U1_U5iuO3iCqjHL5DP_ztwGUl83H796ci_3wmIREKWkpuldlXMU76FLPA3fy-jspJ9RaZ-kdUFi68fxKkF3tVy_1-E5fUG-WWs-/s72-c/livefromunpluggedtgna.jpg
View detail
Khusyuk Dalam Solat

Khusyuk Dalam Solat

Sesungguhnya ibadah solat itu adalah suatu urusan yang besar di sisi Allah S.W.T., terlalu banyak halangan untuk mencapai maksud solat yang sebenar seperti yang dikehendaki syariat. Memenuhi segala tuntutan syarat-syaratnya dan menepati segala perbuatan dan pengucapan sebagai suatu ibadah khusus yang menggambarkan percakapan atau dialog antara hamba dan Khaliq.

Sesungguhnya amat sukar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam solat, ada kalanya tumpuan dan ingatan sesorang itu kepada Allah S.W.T. di dalam solat hanya sedikit saja. Selebihnya hanyalah ucapan-ucapan yang terlompat dari lidah tanpa kawalan hati dan kesedaran fikiran.

"Saya mendapat banyak faedah dari buku ini..ia mengajak kita menilai kembali pencapaian mutu solat kita." - Dr. Kamaruzaman Yusof, Pensyarah UKM

"Bahasa yang mudah, perumpamaan yang tak terfikir di minda." - Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah

"Apabila hati lalai, ia akan menjadi hijab yang menghalang untuk hampir kepada Allah S.W.T."

Harga = RM13.00 (Sem) RM15.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 118
Siri Tazkirah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit = Nufair Street Sdn Bhd

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb7WhFd6ZhzuHYWFVaR6N3yajAlNpvA8-WR27OzfFDVwvy_Ma5zgUZsI9NSTMXAIjpfcKzGVo9zqJUU6I6d50hk2ShdxHbrZMQSIblvCDJ-xrrgJlABK4nnS22itLgNAeX-IGYy8alKQJt/s72-c/khusyukdalamsolat.jpg
View detail
Bertemu Janji Allah Siri 2

Bertemu Janji Allah Siri 2

Membicarakan alam akhirat adalah percubaan untuk menjangkau segala yang misteri di belakang tabir keduniaan. Tiada siapa yang layak untuk membimbing segala apa yang terkandung di alam itu melainkan apa yang dikhabarkan oleh Pemilik, Pencipta dan Penguasanya melalui wahyu yang diturunkan kepada NabiNya.

Tanpa pergi terlalu jauh, dalam pengertian wahyu yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah Ayat 4 sahaja, kita sudah dipandu dengan sebuah proklamasi berbunyi, "Dialah (yakni Allah) penguasa hari akhirat".

Mungkin William Shakespeare juga termakan dengan tempias firman Allah ini dengan kata-katanya yang pernah direkodkan di dalam skrip teaternya King Henry VIII 3 berbunyi, "heaven is above all yet; there sits a judge that no king can corrupt."

Buku ini bertungkus lumus menggali pelbagai rahsia akhirat, yang sedang berada di tangan pembaca sekarang ini adalah sebuah catatan. Ia bukan memo sembarangan. Ia memunggah kandungan dan pengertian alam ghaib yang akan sama-sama kita lalui lambat launnya.

Bagi mereka yang sudah pergi, mereka sudah dan sedang berada sebahagiannya di alam itu. Sekarang, soalnya masih adakah pilihan kita untuk tidak cuba memahaminya sedangkan kita memang perlu ke sana - sememangnya akan ke situ?

Dalam gugur hari yang beralih minggu ke minggu, masih adakah khilaf bahawa kita sedang mendekati satu tarikh kematian yang tidak pernah berganjak? Sebaliknya, kita pula yang semakin mendekat!

Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 224

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjupTpvOnzE4cs5MwTaaV137AcyWgAdQAf3AM_HJyHsjyMUnihikEs1AQxnfBCSweVggLhOtECganSxVbmR2FdOOCsRBdTgUGHunBq59HswhYQIvkEnBXOQqKWr0X0KD2E9gkZoennhPppy/s72-c/bertemujanjiAllah2.jpg
View detail
Hidayah

Hidayah

Manusia adalah hamba Allah di muka bumi ini yang bertugas mengabdikan diri kepada-Nya. Setiap amal perbuatan mereka akan dinilai di akhirat kelak sama ada amalan kebaikan ataupun amalan kejahatan.

Manusia yang baik dan membuat amalan soleh akan dimasukkan ke dalam syurga, manakala yang sebaliknya akan dimasukkan ke dalam neraka. Sebagai hamba, manusia itu perlu mematuhi araan Tuannya, jika tidak manusia itu perlu mencari alam lain di luar kekuasaan Allah (itupun jika ada).

Pentingnya hidayah kepada manusia sebagaimana manusia memerlukan makanan dan minuman untuk meneruskan hidup. Ini kerana hidup manusia bukan sekadar di dunia semata-mata.

Apabila ajal menjemput, bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu sudah berakhir, sebaliknya mereka berpindah dari alam dunia ke alam lain yang kekal abadi. Tidak ada siapa yang akan terlepas daripadanya.

Bagi mereka yang soleh, mereka akan berbahagia selama-lamanya. Tetapi bagi yang tidak soleh, mereka akan menderita selama-lamanya. Dalam sastera Melayu, apabila sesuatu watak itu dimatikan, penulisnya akan menulis "'tamatlah riwayatnya". Sebenarnya ia tidak begitu. Kerana mati bukan penamat bagi segala-galanya.

Mati adalah suatu proses yang perlu dialami oleh manusia, sebagaimana manusia sebelumnya dilahirkan dari perut ibunya, kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja, seterusnya dewasa dan akhirnya menjadi tua. Kemudian apabila kematian menjemput, tidak bermakna mereka ini lenyap begitu sahaja. Sebaliknya, mereka akan dihidupkan kembali di alam akhirat. - Penerbit

Harga = RM25.00 (Sem) RM28.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 312

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhP6McBZCIH-Q_Kv0CS_EkoILn3aJrC7m_z2u9VyBaCbgf0jvOFWdsj0wr4_8b38LWv219V7yJuFYxFZw6ZS2Yv65dYuQw9Q00N-6t6e0mnUXErFYOllME9LuA-BIhUNpc3BZEHItWnlZCT/s72-c/hidayah.jpg
View detail
Telaga Budi - Himpunan Kata-Kata Hikmah - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Dalam sesetengah keadaan kata-kata Tok Guru sudah menjadi ringkas. Ia padat seperlunya, justeru ia mengusung makna hikmah yang berlapis, kesan jalan ilmu berliku yang ditempuhinya. Ia sudah bernilai metafisika.

Bagaikan madah dan kata-kata falsafah seperti yang pernah disebut Goethe, kata-kata yang bernilai sedemikian disebut begini: "The weeding out of all the unnecessary details and left us the GIST the essentials - the proverbs. They are the wisdom of the ages in the fewest words".

Kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz kadang-kadang mencecah nilai-nilai klasik sezaman yang boleh diuji dan tahan uji. Kami tidak mahu mengatakan buku ini terbaik, tetapi kami boleh berani katakan yang ia lebih baik daripada mana-mana buku himpunan kata-kata orang besar-besar dunia.

Ini semata-mata kerana kata-kata beliau kukuh bersandar. Jika ia sehimpun kayu, duduknya terletak. Di sana ada Allah dan bahu Rasul-Nya yang sedia menanggung. - Penerbit

Harga = RM18.00 (Sem) / RM21.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 217

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7HhOXptcuxHrsb8hYSQPRtIESDj4ybkOzrKI_VvTzhZqtgir9YWtdpAw4fKqYWOsqtzGFjA960ycYD8yO7l4NV4qIX4xpZHCz7hyyJfFF7VhYa3BXVHhQ7FKuAmyh4QkqMsGl9PVXrcU_/s72-c/telagabudi.jpg
View detail
Keagungan Tamadun Islam - Sejarah Yang Digelapkan

Buku ini menyorot penggelapan fakta yang dibikin oleh musuh-musuh Islam demi memadamkan kegemilangan jasa tokoh-tokoh intelektual dan pejuang Islam. Ini adalah sebuah jenayah intelektual. Lantaran, aspek inilah letaknya kelainan buku ini. Ia merakam semula sebuah penulisan yang meminda rekod-rekod lampau yang telah dikhianati.

Buku ini telah membuktikan jasa dan komitmen para cendekiawan Islam terhadap penciptaan tamadun mulia. Ia mampu mengembalikan nilai insan kepada insan dan hak Khaliq kepada Al-Khaliq. Rupa-rupanya terlalu banyak ketidakjujuran yang tercetus sepanjang tempoh mendokumentasikan sejarah dunia. - Penulis

"Saya mengesani kekuatan buku ini, apabila ia mampu membetulkan pelbagai fakta penting demi memulihkan imej Islam di dada sejarah".
- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

KANDUNGAN

- Tamadun Islam
- Susur Galur Tamadun Islam
- Keunggulan Tamadun Islam
- Eropah Keciciran Peradaban
- Tamadun Islam Berkembang Di Eropah
- Kepesatan Aktiviti Penterjemahan
- Pencapaian Tamadun Islam Di Eropah
- Ilmu Falak
- Ilmu Botani / Pertanian
- Ilmu Hisab (Matematik)
- Bidang Falsafah
- Bidang Kesusasteraan
- Bidang Perdagangan Islam Dan Pelayaran / Ilmu Geografi
- Bidang Muzik
- Cabang Kesenian Dalam Islam
- Resolusi

Harga = RM17.00 (Sem) RM20.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 192
Karya = Ustaz Ahmad Yahya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1p7aTWM08rE-NxGWy4JkxiW5I19oUp4i-U6kfZwNENQLFwCEPd1vlXc4FS3LEyokltQbixdaCYZ-6wdnxsJn2S9CHarJcAjaBWrp1BRkTDdYM_SceAYEEV_wGH7YRdcb89j_nrWDqzqYU/s72-c/keagungantamadunIslam.jpg
View detail
Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat - Seorang Ulama Yang Memerintah

Buku yang sesuai dibaca oleh peminat politik dan keperibadian tokoh politik Islam di Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, MB Kelantan. Penulis mengulas ringkas mengenai buku ini seperti berikut:

Buku ini adalah hasil pemerhatian yang memakan masa. Ia bukan tampil secara semberono; bertolak dari upahan murah untuk mengangkat atau melobi sesiapa. Ia dari awal lagi tidak berhajatkan tonjolan atas desakan materi atau jawatan. Lagi pun, Nik Abdul Aziz tidak memerlukan itu semua.

Dia cuma cuba mewajarkan kehadiran seorang ulama dan apa perlunya pula seorang ulama itu berada di kerusi kemudi? Insya-Allah, buku ini bebas merdeka dari sebarang hal-hal keduniaan. Ia cuma bertolak dari kesedaran untuk membelek rekod lama demi membuat penilaian prestasi ke atas seorang ulama. Sekali gus, ia cuba mengimbau roh jihad, kesungguhan dan istiqamah dari bara perjuangannya. - Penerbit

KANDUNGAN

- Suatu Subuh Di Masjid Pulau Melaka
- Tuan Guru Dan Gagasan Rohaninya - Menaikkan Imej Ulama
- Pemikiran Tuan Guru Melangkaui Zaman
- Suatu Pagi Oktober '90, Di Rantau Panjang
- Kesayangan Jutaan Rakyat
- Menghalusi Hikmah Tuan Guru
- Tuan Guru Tetap Tidak Berubah
- Media Indonesia
- Anugerah Nobel Keamanan Buat Tuan Guru
- Perutusan Tuan Guru Kepada Barrack Obama
- Perspektif Tuan Guru, Meninggalkan Lingkaran Konvensi
- Pemimpin Umat Berwasatiah, Hidup Tidak Bermewah
- Kenapa PAS Berbeza Dengan Umno?
- Pemerintahan Nik Abdul Aziz Nik Mat: Daripada Renungan Seorang Pengembara
- "Saya Gemar Pantun..."
- Menyubur Tabiat Membaca Generasi Muda
- Salam Kepada Bangsaku
- Bersama Setiausaha: Sekeping Roti, Secawan Kopi
- Penggunaan Nama Allah Bagi Orang Bukan Islam: Boleh?

Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 122
Karya = Abdul Shukor Harun & Annual Bakri Haron

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU-BOzuMAvRa28JjCfqNnKg5e3Q52Jzw55AGnaaPZ7WQN-02LxyxzRiKMNgeO13vLZO-r2fm4JzOC1LxkMhaqWz0JNmffCd1wL11g0gaIUhdOvJuZmBSbLARSR4F-H_RDGRQINamNkwISc/s72-c/kemilauperibadi.jpg
View detail
Saat Cinta Bertasbih - Tribut Untuk Tuan Guru

Saat Cinta Bertasbih - Tribut Untuk Tuan Guru

Buku yang sesuai dibaca oleh peminat politik dan keperibadian tokoh politik Islam di Malaysia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, MB Kelantan. Penulis mengulas ringkas mengenai buku ini seperti berikut:

Buku ini merupakan penghargaan kami kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS yang kami cintai, semenjak masa muda beliau sehingga sekarang berhempas pulas berjuang untuk mewajahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat negara ini yang telah jauh meninggalkan agama akibat penjajahan dan juga pengisian kemerdekaan oleh parti pemerintah yang tidak meletakkan Islam sebagai agama yang berdaulat dengan pakejnya yang terdiri di atas aqidah, syariah dan dakwah.

Tuan Guru seorang tokoh yang tidak berhenti untuk mendidik dan mentarjih masyarakat untuk menjadi subur jiwa dengan haruman ketaqwaan. Hujan, panas, kekangan masa serta kepenatan diri tidak menjadi alasan untuk beliau berhenti mengajar dan menyantuni segenap lapisan masyarakat. Beliau telah menjadi milik masyarakat dan negara bahkan menjadi simbol kepada rakyat tertindas di negara ini. - Penulis

KANDUNGAN

- Saat Cinta Bertasbih
- Keluarga Kami Ada Nik Adli
- Islam Hadhari (IH) Lawan Membangun Bersama Islam (MBI): Satu Analisis Kritis
- Pilihan Raya Umum 2008: Kelantan Milik Siapa?
- Pilihan Raya Umum 2008 Dan Pengukuhan PAS Kelantan: Peranan Dan Sumbangan Parlimen Pengkalan Chepa
- Belajar Dari Pilihan Raya Lalu
- Koridor, Koridor, Koridor
- Dari Pulau Pinang Ke Kelantan
- Dulu Malaysia Lebih Demokratik
- Filem Fitna
- Pemimpin Malaysia Sibuk Mengurus Parti
- Harga Sebuah Demokrasi
- Kampung-Kampung Melayu Di Kuala Lumpur Hilang Satu Demi Satu
- Keadilan Menurut Penyair Sa'di
- Mana Ditakuti; Ceramah Pembangkang Atau Jenayah Berleluasa
- Orang Melayu Dan Pembangunan
- Debaran Sebelum Penamaan Calon
- Umno, Nasihat Sufi Dan Alfatihah
- Najib Dengan Angka 18
- Orang Politik Di Hujung Usia Hidup Terasing
- Perlunya Oposisi Bagi Sesebuah Negara
- Persekitaran Kita Sakit Tenat
- Rawat Umno Bukan Rawat Kelantan
- Umat Islam Sambut Tahun Baru Masehi
- Siapa Mahu Disalahkan?
- Siapa Kata Pelbagai Kaum Tidak Boleh Bersatu
- Titanic Umno
- Tok Guru
- Pembangunan Spiritual Itu Nombor Satu
- Galeri

Harga = RM20.00 (Sem) RM22.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 193
Penulis = Riduan Mohamad Nor, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif & Rossem
Penerbit = Jundi Resources

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAyC450pblRWqW0kLcfb-mKMYKW4zKtJ9It9K9wQmONnKfWuNX-66In9KMfAyuhx1q-lp0GLpzMVvgtz86mY34FoRivxKIxR0kfyuJPoHj76jk8uyNfq2VLWhmdtxChY2fDcfmO1mDJMpQ/s72-c/saatcintabertasbih.jpg
View detail

Cari Kami di Facebook

Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger