Politik Syar'i (Siyasah Al-Syar'iah) Dalam Membaiki Pemerintah Dan Rakyat

Politik Syar'i (Siyasah Al-Syar'iah) Dalam Membaiki Pemerintah Dan Rakyat
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJbdmnDawavri2e7ApRsztq4q35b2LSP1K5I7G0NttnnGTqh5xmUrWQB5_-RROyxocAvWXK68JEAh6YicrC6W-YcqxnsffXzA0M9hVsqk_sEls7UeJrKAGLjXtwf6g9hTH0Gidyyn7lJ2W/s72-c/politiksyar'i.jpg
Buku ini telah ditulis oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah sebagai risalah yang disampaikan kepada seorang penguasa ketika itu. Sebagaimana yang beliau nayatakan dalam mukadimahnya:

Risalah ini diperlukan oleh seseorang yang wajib diberi nasihat sebagai pemerintah. Di dalamnya terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan kewajipan pemimpin Muslim untuk menyampaikan amanah, memberi hukum secara adildalam perkara hudud dan hak asasi.”

Dengan demikian risalah ini mencakupi keterangan-keterangan penting mengenai asas-asas politik yang adil serta pemerintahan yang baik dan diredai Allah Taala yang perlu dilaksanakan oleh setiap pemerintah. Betapa indah sekiranya para pemimpin ketika ini melaksanakan tuntunannya, menjalankan amanah yang dibebankan di atas bahu mereka, menjadikan syariat Allah Taala sebagai obor petunjuk yang meneranginya dan meninggalkan undang-undang moden.

Sehingga Allah mengukuhkan kedudukannya di dunia dan akhirat dan tidak ditukarkan keadaannya di akhirat kelak kepada kehinaan dan penyesalan sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada Abu Dzar dalam sebuah hadis sahih: “Sesungguhnya ia (kekuasaan) adalah amanah dan sesungguhnya ia pada hari akhirat merupakan kehinaan dan penyesalan kecuali bagi para pemimpin yang mencapainya dengan kebenaran dan menjalankan segala kewajipannya.”

Jika diperhatikan dengan saksama, keadaan masyarakat muslim semasa jauh lebih teruk daripada zaman jahiliyah dahulu dan tidak ada jalan untuk merubah keadaan ini kecuali dengan menapaki jejak Nabi s.a.w dalam membina masyarakat muslim melalui fasa-fasa yang anda lalui di Makkah dan Madinah. Umat Islam semasa tidak akan berjaya kecuali melalui jalan kejayaan generasi pertama, pemikiran masyarakat muslim mesti dibersihkan daripada kemusyrikan, kesesatan dan kecelaruan.

Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam komuniti Makkah selama tiga belas tahun sehingga ajaran tauhid dapat terpancang di dalam jiwa para sahabat. Mereka mampu membebaskan diri dari kongkongan penyelewengan dan kebatilan yang telah lama mereka amalkan.


Bahagian Pertama – Menyampaikan Amanah

Bab 1 – Mengenai Kekuasaan
Fasal 1 – Melantik Orang Yang Paling Bijak
Fasal 2 – Memilih Orang Yang Sepadan
Fasal 3 – Sifat Amanah Dan Kuat Jarang Berhimpun Pada Seseorang
Fasal 4 – Mengetahui Yang Paling Baik Dan Cara Menyempurnakannya

Bab 2 – Masalah Harta
Fasal 1 – Perkara Yang Termasuk Dalam Harta
Fasal 2 – Harta Kerajaan Rampasan Perang (Ghanimah)
Fasal 3 – Harta Kerajaan Sedekah (Zakat)
Fasal 4 – Harta Kerajaan Fai
Fasal 5 – Kezaliman Yang Timbul Daripada Kerajaan Dan Rakyat
Fasal 6 – Perbelanjaan Harta Kerajaan

Bahagian Kedua – Hudud Dan Hukum-Hukumnya

Bab 1 – Hudud Dan Hukuam Allah
Fasal 1 – Contoh Hudud Dan Hukumnya
Fasal 2 – Hukuman Bagi Perusuh Dan Penyamun
Fasal 3 – Kewajipan Masyarakat Muslim Apabila Sultan Berusaha Menangkap Penyamun Yang Melawan
Fasal 4 – Hukum Mencuri
Fasal 5 – Hukum Zina
Fasal 6 – Hukum Minum Arak Dan Qazaf
Fasal 7 – Perbuatan Maksiat Yang Tidak Mempunyai Hukuman Tertentu Dan Keterangan Sebat Menurut Syariat
Fasal 8 – Jihad Melawan Kaum Kafir... Peperangan Besar

Bab 2 – Hudud Dan Hak-Hak Manusia Tertentu
Fasal 1 – Jiwa
Fasal 2 – Luka
Fasal 3 – Kehormatan
Fasal 4 – Dakwaan Dusta
Fasal 5 – Hubungan Seks
Fasal 6 – Harta
Fasal 7 – Mesyuarat
Fasal 8 – Kewajipan Memiliki Kepimpinan
Harga = RM20.00
Mukasurat = 204
Penulis = Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah al-Harrani
Penterjemah = Hamid Fahmi & Asep Sobari
Penerbit = iBook Publication Sdn Bhd

Related product you might see:

Share this product :
0 Comments
Comments

Cari Kami di Facebook

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kedai Buku Al-Hidayah - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger