Haji Suatu Perjalanan Ibadah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBeFpVadvpdw2J7KtMusxEJYvgsrl3GHfZ7_xRAlOwGbvWGxR_OCCCB7zHCZdfF55gXVVQr7gFiHa3tfJZjrqZTJVB832cdmmr3zC82XfAmH2I9SHXiafigY1ATMpZ0VfHJZRT6lenksiw/s72-c/100_8071.JPG
Apakah erti haji? Ringkasnya haji adalah falsafah manusia menuju Allah. Di dalam menunaikan pelbagai pekara dilakukan dan dipertunjukkan secara kolektif: penciptaan, sejarah, keesaan, ideologi Islam dan ummah.
Apakah erti hidup? Jika hidup sekadar memenuhi keperluan hari demi hari seorang manusia, maka dia tidak memiliki arah di dalam hidupnya. Keadaan ini, bagaikan semangat yang mati dalam jasad yang bernyawa. Keadan ini dapat diubah oleh pengalaman menunaikan ibadah haji.
Sebenarnya Ibadah haji sangat bertentangan dengan perjuangan tanpa tujuan. Haji adalah pemberontakan melawan nasib malang disebabkan oleh kekuatan jahat. Dengan menyempurnakan ibadah anda akan dapat memutuskan jerat-jerat yang menjaring diri. Aksi yang berubah ini akan menunjukkan kepada cakerawala yang terang benderang dan jalan yang terhampar menuju keabadian atau menuju Allah yang Maha Agung.
Sabda Nabi SAW: Allah berada di dalam hati setiap orang beriman. Allah mengetahui hati orang yang tulus dan hati mereka yang hanya berpura-pura.
Di mana ibadah haji berakhir? Suatu rahsia yang menghairankan kenapa ibadah haji ini tidak berakhir di Makkah, tetapi di Mina yang terletak tidak jauh dari kota Makkah. Di sini kita boleh membuka minda bahawa apa yang kita lakukan di tengah-tengah orang ramai. Di sini jugalah anda akan bertemu dengan Allah, Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan manusia lain (impak bayangan Mahsyar yang bakal ditempuhi kelak). Demikian selesainya perjalanan ibadah haji yang suci itu. Semoga memberi kesan tersendiri buat kita dalam kehidupan seharian.
Harga: RM 12.00
Halaman: 232 ms
Penulis: Dr Ali Shariati
Penerbit: Pustaka al-Shafa