Novel Abu Bakar - Sahabat Sejati
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFlEZByec3DeV5Qzx-dPuY9XJ2lyf7Uz17cOSYlVrz9TGSk5hbCBd6sThm4c7sUtFg8R-0QbbOExnKHpRrKhjzz2ZZ5gKCuvvpr5zo2pWz7xCs4Kja0O4jWmXpVNoX51LMyRIanuiH7rOD/s72-c/abubakar.jpg

Ini berlaku apabila ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan. Kerana bimbang umat Islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat-ayat al-Quran. Itulah kitab suci al-Quran yang dikenal hingga ke hari ini.
ABU BAKAR AS SIDDIQ WIRA ISLAM
Walaupun Khalifah Abu Bakar As Siddiq memerintah selama dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun berjaya menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi. Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman maka beliau menumpukan perhatian pada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat Islam.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq mentadbir Negara Islam dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian antaranya Mekah, Taif, Sana’a, Hadramaut, Halwan, Rima’, Hajran, Jash, dan Bahrain. Beliau melantik wakil-wakil pada setiap bahagian tertsebut. Mereka menjadi imam, pentadbir, menjalankan keadilan, menyelesaikan perselisihan, dan sebagainya.
Harga: RM26.90 (Sem), 29.90 (Sbh/Swk)
Muka Surat: 336 hlm.
Penulis: Abdul Latip Talib
Penerbit: PTS