Ahli Sihir Ke Tali Gantung
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2DiZguWwHJBgGWf-wBRU7pdeMV_pa3ZKMM2q1YpTCzfgfs-86AG1aNHH8FY_wmWydELwU_J94gKhYQMBKXa6JedPoc8ovLbr7Y8nodbgpSoL8-xQaar5uc2k8PS2T5IFp6Zp8Zms0UVbj/s72-c/Ahli-Sihir-Ke-Tali-Gantung-.jpg
Kes 1: Kes Juraimi Hussin yang mana Mona Fandey memotong 18 badan Dato' Mazlan Idris.
Kes 2: Kes Tan Mui Choo yang mana Andrian Lim membunuh dua kanak-kanak.
Kes 3: Kes Francis A/L Anthanonasamy yang mana tertuduh membunuh mangsa bagi memenangi loteri.
Itu hanya tiga kes daripada banyak kes yang dilaporkan dalam buku ini. Begitu banyak kes, namun belum ada yang terbukti. Mereka ditangkap dan dihukum, namun bukan kerana sihir. Mereka dihukum kerana apa yang yang nampak, bukan kerana niat yang tersembunyi. Ahli-ahli sihir ini dihukum kerana topeng pembunuh yang mereka pakai. Maka terlepaslah ahli-ahli yang lainnya, ketawa kegirangan.
Selama-lamanyakah ahli-ahli sihir ini bermaharajalela? Menunggu pembalasan alam sana sahajakah kita?
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, semua ahli sihir wajar cemas. Tali gantung menunggu mereka. Ahli Sihir ke Tali Gantung bukan buku biasa. Ini adalah olahan tesis Ph.D dalam bidang undang-undang. Bukan sahaja padat dan lengkap, bahkan kini bahasa dan isinya dipermudahkan. Ahli Sihir ke Tali Gantung menawarkan kita proses menangkap si penyihir hinggalah saat akhir dia tersungkur di tali pengadilan.
Harga : RM25.00 (semenanjung) & RM28.00(sabah&sarawak)
Muka Surat : 366
Penerbit : PTS Milennia
Penulis : Mahyuddin Ismail Ph.D